Tongari Bōshi no Atelier

Tongari Bōshi no Atelier (Jepun: とんがり帽子のアトリエ, "Bengkel Topi Tinggi", tajuk bahasa Inggeris: Witch Hat Atelier) adalah sebuah siri manga seinen karya Kamome Shirahama. Manga ini mulai dimuat dalam majalah Monthly Morning Two terbitan Kodansha sejak bulan Julai 2016.Manga ini setakat 2018 hanya boleh didapati di satu negara Nusantara yakni Indonesia dengan judul Atelier of Witch Hat edaran Elex Media Komputindo sejak April 2018;[2] negara-negara yang berjiranan seperti Malaysia, Singapura dan Brunei bagaimanapun masih belum mendapat berita edaran versi setempat tersendiri lagi.Pembikinan adaptasi anime manga ini telah diumumkan pihak majalah Morning Two pada tanggal 5 April 2022 serentak melancarkan laman sesawang khusus rasmi dan video acah.[3]